Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Apa yang akan anda baca dalam blog ini adalah sebuah kisah yang saya lalui. Saya akan cuba sedaya upaya menulis dengan benar dan jujur.
Tujuan saya hanyalah untuk meluahkan isi apa yang terpendam. Tapi sebenarnya saya juga ingin saudara saudari sekelian agar mendapat pedoman dari apa yang saya lalui.
Saya hanyalah salah seorang daripada ramai lagi mereka di luar sana yang mengalami sakit dan juga menjadi mangsa penyakit misteri. Mungkin cerita yang akan saya tulis sambung demi sambung ini hanyalah sebuah rentetan yang mungkin pernah anda dengan dalam majalah tabloid yang pernah anda baca sebelum ini.
Saya tidak bertujuan untuk mendapat publisiti. Sekali lagi tujuan saya ingin meluahkan apa yang telah saya lalui dan saya berharap anda dapat menilai sendiri menjadi pedoman di dalam hidup ini. Hidup yang tidak selalunya cerah. Hidup ini juga tidak selalunya logik dan dapat difahami semuanya. Akan tetapi alam hidup ini dan penghidupan kita luas. Pelbagai perkara yang kita tidak pernah menyangka atau pun mustahil pada fikiran moden anda sebenarnya tidak mustahil, berlaku dan dialami diceruk sana atau sini.
Sesungguhnya kekuasan ALLAH itu luas meliputi langit dan bumi. Jika ia kehendaki berlaku sesuatu maka hanya dengan berkata "KUN FAYAKUN" bermaksud "JADILAH ENGKAU, MAKA TERJADILAH"
Tuhan tidak perlu untuk memikirkan logik itu dan ini. Apa yang dikehendakinya itulah logiknya. Logik bagi kita hanyalah kebiasan dan kelaziman. Tiada yang luar biasa pada logik kita. Tapi kekuasaan dan ilmu ALLAH itu luas. Adakah kita berfikir ilmu dan kuasa ALLAH itu hanya setakat logik dan ilmu yang kita tuntut di pengajian tinggi sehingga dapat IJAZAH DIPLOMA atau SIJIL atau MASTER dsb. Adakah setakat itu ilmu ALLAH? Itukah sahaja ilmu tuhan? TIDAK. Ilmu tuhan lebih luas dari apa yang kita sangkakan. Sedang ilmu pendidikan segala ilmu yang kita tuntut samada sekular atau sebagainya itu hanyallah sedikit dan TIDAK terbanding dengan ilmu ALLAH yang amat amat luas. Perumpamaan ilmu yang manusia dapat ini hanyalah seperti mencelup jari dilautan yang luas. Luasnya ilmu tuhan itu lautan dan yang basah akan kering itu sahaja yang kita dapat duga.
Saintis dan para ilmuan masih tercari cari dan belajar belajar lagi ilmu ALLAH. Bersusah payah terpaksa mengali memerhati mengkaji dsb. Itu hanya pada alam yang luas terbentang. Tetapi pada KITABNYA telah merangkum banyak ilmu. Sesungguhnya tuhan itu tidak kedekut dia memberikan kepada kita atas kemampuan kita. Kenapa? Manusia mungkin gila jika tuhan overload kan segala ilmu. Tidak tertampung. Sedang orang genius itu pun sudah kelihatan ada kelainan. Agak berlainan watak dengan manusia biasa. MENGAPA? Kerana beratnya mereka menampung ilmu ALLAH itu. Begitu pula mereka yang banyak ilmu agama semakin pendiam kecuali untuk mengajarkannya atau berdakwah. MENGAPA? kerana mereka malu semakin banyak mereka ketahui semakin TAKUT mereka pada tuhan dan semakin malu bahawa banyak lagi pula BELUM mereka ketahui.
Akan tetapi orang yang hanya tahu berlagak, baru mengenggam segulung ijazah sudah rasa meliputi segalanya. Maaf, begitu pula dengan seorang pakar yang lupa daratan. Bila mana semua orang memerlukan kepada kepakarannya. Menjadikan dia sumber rujukan. Semua anak buah samada ikhlas atau terpaksa hormat padanya untuk kepentingan sendiri atau kerana taksub. Tidak mustahil akan melupakan bahawa DAHULU satu hari dahulu dia bermula dari 0. Tidak tahu apa pun, dari seorang bayi menangis yang hanya tahu lapar, sakit ketawa dan menyusu. Kalau ALLAH tidak izinkan mereka menjadi apa yang mereka jadi sekarang. DI MANA ANDA MUNGKIN BERADA KETIKA INI?
Apa yang saya ingin tunjukkan bahawa berpegang kepada pengetahuan kita semata mata dengan taksub akan menyebabkan kita terlepas pandang dan buta terhadap kebenaran dan kejadian yang tidak mustahil berlaku tetapi boleh berlaku dengan izin ALLAH.
Saya menghadapi dilema di mana pemikiran moden dan juga sakit misteri yang saya hadapi. Ia tidaklah begitu menjadi konflik jika kita tidak terikat dengan fakta logik. Banyak jenis sakit misteri. Tapi semua sama, sakit yang tidak dapat ditentu pastikan oleh perubatan moden. Sebenarnya saya mengalami sakit fizikal dan juga misteri. Tapi saya lebih kepada sakit misteri permulaannya. Punca penyakit misteri saya biasalah iaitu yang terletak di antara kisah nyata dan alam ghaib.
Saya akan mengisahkan pengalaman saya mendapat sakit disihir, saka dan kesannya telah juga menjadikan saya mendapat penyakit moden. Saya sudah sakit 6 tahun. Bila saya baca pengalaman orang lain yang sakit misteri ada lagi pula lebih lama dari saya sampai berpuluh tahun.
Kadang-kadang kita menyangka tidak ada manusia hidup berkepala dua. Tapi dunia internet menjadikan kita dapat mengetahui bahawa diceruk bumi sana ada orang hidup berkepala dua. Begitu juga bagi yang tidak percaya kepada penyakit misteri sihir saka dan sebagainya tentulah menganggap bahawa itu hanya alasan karut seseorang penderitanya. Atau cerita bodoh dari orang bodoh. Walhal, mereka tidak tahu alam ini luas, jangan ingat alam ini berlaku setakat pengetahuan mereka sedang apa yang sedang berlaku dalam perut mereka pun mereka tidak dapat pastikan. Tiba tiba sahaja mereka boleh dapat ceret beret atau buasir tanpa mengetahui bila ia akan datang. Seperti saya selalu katakan, keegoaan kerana merasa diri sudah cukup menyebabkan kita buta melihat kebenaran. Kadang kala sikap itu menyebabkan ada orang teraniaya.
Sihir bukan lah cerita dongeng. Seperti mana silap mata. Anda berfikir logik tapi silap mata itu menyebabkan anda bingung. Kenapa? Kerana anda berfikir logik semata mata. Tapi anda lupa ada teknik yang rahsia yang anda tidak tahu. Anda lupa bahawa sihir itu adalah satu ilmu dan teknik yang tersembunyi. KENAPA? Sesuatu yang sembunyi tapi berniat buruk - itulah sihir.
Bila kita bercakap tentang sihir, gangguan dsb sebenarnya ia berkaitan dengan alam gaib dan makhluk gaib yang terlibat. Kebanyakan sihir memang melibatkan makhluk halus. Kerana mereka hidup gaib tapi dalam keadaan tertentu iaitu ikatan sihir berlaku, syaitan syaitan itu akan melakukan sesuatu yang luar biasa melalui fizikal atau dari alam mereka. Bila dihubungkan atau diterjemahkan kepada dunia kita maka berlakulah sihir. Biasanya mereka tidak mampu untuk membuat sesuatu kecuali dengan ikatan perjanjian. Di mana mereka rasa terjamin untuk melakukan. Seandainya mereka boleh membisikan kebencian antara suami isteri maka jika dengan izin ALLAH suami isteri itu boleh membenci. Jika mereka diberi kekuatan sihir membawa bahan bahan sihir ke mangsa. Dengan izin ALLAH berlaku. Mengapa ia berlaku? ALLAH izin kan mungkin untuk menguji kita, atau kifarah dosa kita lalu.
Mcm mcm jenis sihir yang ada. Mcm mcm juga penderitaan kepada mangsa. KENAPA mereka menyihir. Lazimnya perkara paling biasa ialah rasa tidak puas hati kerana DENDAM, IRI HATI, CEMBURU, HASAD, BENCI dan MENGUJI ILMU. Tapi paling banyak yang kita dengar bahkan saya sendiri mangsanya adalah IRI HATI. ATAS APA? Atas nikmat yang ALLAH telah berikan kepada si mangsa sihir. Mungkin perniagaannya maju, dia terkenal, atau cemburu kasih sayang, pangkat serta harta. SIAPA PELAKU? Mereka yang iri, cemburu dan berhati busuk tetapi MALU, TAKUT DIKETAHUI KEBURUKAN DIRI, atau HIPOKRIT yang mahu dilihat baik tapi malangnya hatinya busuk. Mereka tidak malu pada diri sendiri tidak bersyukur pada nikmat ALLAH yang sedia ada untuk mereka dan orang lain. Hasilnya mangsa teraniaya.
Ingatlah bahawa siapa yang teraniaya ALLAH juga pembelanya!
Selepas ini saya akan membawa anda menyelusuri pengalaman saya. Saya mungkin mengubah tempat dan nama atau merahsiakannya demi kebaikan bersama. Apa yang saya berdoa ialah kesedaran kepada pelaku sihir. Dan saya berdoa agar ALLAH beri mereka taufik dan hidayah selama mana pintu TAUBAT masih terbuka. Wallahualam.